Sunday, February 12, 2012

Si Manja

Aku hampir terlupa yang aku ada blog hehe..bukan tiada idea utk menaip tetapi disebabkan oleh penyakit lupa 'password' yang sememangnya ada dalam diri manusia bernama 'aku' ni..ok hari adalah hari yang sangat 'stressful' bukan buat aku tapi buat kucing kesanyanganku 'Manja'..Kasihan dia..

Oh aku lupa nak bagi tahu aku adalah peminat si comel, pantang nampak kucing mesti suka nk usap..kadang-kadang sedih bila tengok perangai manusia yang sanggup menyiksa haiwan yang tak berdosa macam kucing ni..kalau pun tak suka jangan lah sampai disepak, dipukul atau dicampak..mereka pun ada hak di bumi Allah S.W.T ni.

Ok berbalik pada Manja, hari ni dengan penuh semangat aku membawanya ke Kinrara kerana di sana diadakan karnival bersama rakyat anjuran MOA. Minggu lepas sewaktu membawa Manja untuk rawatan vaksinasi, aku telah nyatakan pada vet untuk meminta temujanji bagi tujuan pemandulan/kasi. Bukan apa aku kesian melihat manja tidak bebas hanya berkurung dirumah dek kerana risau akan dibuntingkan oleh kucing jantan rumah jiran. Vet mencadangkan supaya Manja dibawa ke karnival tu pada hari ni kerana mereka ada menawarkan prosedur pemandulan pada harga yang jauh lebih murah.

Jadi Manja telah berpuasa sejak semalam supaya hari ni dia bersedia utuk pembedahan itu. Entah mengapa sejak semalam hati ni asyik rasa tak sedap, sememangnya aku bimbang dengan nasib Manja selepas dibedah nanti..bimbang jika dia tak mampu menahan kesakitan, bimbang jika emosinya jadi tak stabil bila menyedari keupayaannya untuk mempunyai anak sudah hilang..aih macam2 plak yang aku fikir.

Selepas pendaftaran aku diberi nombor giliran 103,  mujur ketika itu bilangan pengunjung masih kurang..Manja ku letakan dalam kurungan yang telah disediakan..sambil menunggu aku berbual-bual dengan tuan2 kucing lain yang turut membawa kucing masing2 untuk rawatan pada hari ni.Hampir 30 minit namaku dipanggil. Manja ku bawa ke bilik pembedahan, pada asalnya dia kelihatan tenang..dengan mudah doktor memberinya suntikan pelalian..sambil mengusap usap kepala Manja doktor bertanyakan beberapa soalan mengenainya..selepas 10 minit Manja di bawa  ke bilik sebelah untuk dicukur bulunya dan dibersihkan bahagian yang akan dibedah nanti..aku hanya melihat dari jauh..Manja nampak sudah agak lemah dek kesan ubat pelali..namun dengan tiba-tiba dia menjadi aggresif meronta-ronta dan menyemburkan air liur..ku lihat doktor dan pembantunya agak panik ketika itu..aku juga berasa cemas..kemudian doktor memanggil aku dan memaklumkan Manja diserang sawan dan kancing gigi oleh itu prosedur terpaksa dibatalkan..aku bertanya kenapa ia boleh berlaku? menurut doktor mungkin ubat pelali itu tidak sesuai dengan nya, atau mungkin juga dia terlalu takut atau cemas..aku terfikir mungkin emosinya tidak stabil memandangkan klinik dibuka di tempat yang agak sesak., bunyi bising dan kehadiran orang luar tentu saja membuatkan haiwan manja ini takut..doktor memberi tahu bahawa dia sudah memberikan sejenis ubat lain untuk meneutralkan kesan ubat pelali tadi, dan aku tidak perlu risau kerana kedaannya akan stabil.

oleh kerana Manja tidak jadi dimandulkan, doktor mencadangkan prosedur lain yang kurang 'invasive' iaitu memasukan cip pengenalan di bawah kulitnya. cip ini membantu pemilik kucing/anjing untuk mengesan haiwan peliharaan mereka sekiranya mereka hilang/tersesat..Manja juga telah memiliki  'pet passport'
nya pada hari ini yeayy!!..

Setelah itu aku segera membawa Manja pulang ke rumah dan membiarnya berehat, sampai di rumah dia kelihatan sangat lemah mungkin ubat pelali masih terkesan padanya...setelah nampak agak sedar aku cuba memujuknya untuk makan dan minum, namun dia hanya menghidu dan kembali berbaring dan tidur.. sehingga ke petang hari masih juga tidak mahu makan sehinggakan aku menyuap makanan ke mulutnya dia tetap berdegil tak mahu makan..risau aku dibuat nya...

tadi setelah maghrib aku ke dapur untuk membancuh Milo untuk diriku, ku lihat Manja mengekori ku dari belakang..masih lemah langkahnya..hampir-hampir dia tumbang..dia berhenti di hadapan mangkuk makanannya yang masih bersisa..merenung makanan di depannya tanpa sedikit pun cuba dijamah..alahai kesiannya Manja sudah tentu perutnya sangat lapar tapi mungkin dia masih tidak bertenaga untuk mengunyah..lantas aku mengambil sedikit makanannya dan ku rendam dalam susu supaya lembut dan kemudian ku letakkan di atas tapak tanganku..Alhamdulillah akhirnya dia makan walaupun hanya sedikit, tanpa sedar air mata bergenang di kelopak mata ni.air mata sedih bercampur gembira..